Sejurus selepas
selesai Istiadat Penganugrahan ini, Mandur Mis kemudian berpindah berbuat
Kampung ditanah Lundang. disinilah, dipingir Sungai Lundang yang menghubungkan
Sungai Kelantan disebelah Barat dengan Laut disebelah timur. Sungai yang
menjadi laluan utama pada zamannya, Beliau mendirikan sebuah Kota tempat
Kediamanya yang dipanggil masyhur sebagai Kota Pengkalan Rambai Lundang,
Memerintah Kampung serta melantik Orang kanannya yang bernama Awang Besar
menjadi Penghulu yang pertama diKampung Lundang.
Keadaan sekitar Pengkalan
Rambai yang terletak ditebing muara
Sungai Lundang yang semakin uzur dan sempit. Perhatikan pada disebelah kiri
gambar, kelihatan sebuah bangunan pusat tahfiz sedang dalam pembinaan yang mengadap kearah Sungai Lundang. Dikatakan
oleh orang orang tua tempatan ditapak bangunan itulah asalnya terletak
Pengkalan Rambai ditebing sungai. Dan tidak jauh dari Pengkalan Rambai inilah
arah dihujung gambar terletaknya pula lokasi tapak Kota Pengkalan Rambai
Lundang. kawasan ini sekarang terletak dalam kawasan Kampung Bawah Lembah Bunut
Payong.
Mandur Mis yang telah terkenal juga dengan panggilan Tuk Ku Lundang ini kemudian mangkat pada tahun 1790 didalam usia yang lanjut. Jenazahnya telah diMakamkan dikawasan sebelah paling timur Kampung Lundang yang sekarang terletak diLorong Iman Lundang, oleh kerana Mandur Mis dimakamkan disini, maka sebuah Surau telah didirikan oleh saorang Ulama’ pada zamannnya bernama Kyai Agam Jingga yang datang dari Tanah Seberang dan menjadi Imam kepada Mandur Mis pada waktu Mandur Mis menjadi Raja Lundang. dikalangan masyarakat Penduduk Lundang, Kyai Agam Jingga lebih terkenal dengan panggilan Tok Jingga. oleh kerana Surau dan Makam Mandur Mis terletak dikawasan yang sama, maka kawasan ini dikenali Langgar Surau Tok Jingga. tempatnya sebagai Raja Lundang telah digantikan oleh Puteranya bernama Tuan Lebar yang kemudian dilantik pula sebagai Pembesar Tertinggi Negeri pada tahun 1800 oleh Sultan Muhammad I sebagai Panglima Perang bergelar Dato' Panglima Perang Lundang yang masyhur dalam sejarah Kelantan dengan panggilan Dato' Panglima Perang itu.
Sumber rujukan;
a) Peringatan Lundang,
Imam Haji Tuan Fakeh Abdullah Ahad 1908 (Salinan Manuskrip).
b) Hikayat Dato’ Lela
Seri Paduka Raja, Haji Umar Bin Abdullah 1889 (Salinan Manuskrip).
c) Ringkasan Chetera
Kelantan, Haji Nik Mahmud Ismail 1933
d) Riwayat Kelantan, Zahir
Ahmad; Analisis Teks, Interteks, Tesis PHD, Universiti Malaya 1997.
e) Inilah kisah Negeri
Terengganu Berperang Dengan Kelantan – Sebuah Sejarah Kelantan Dari Terengganu,
Dato’ Nik Muhamed Bin Nik Mohd Salleh, Warisan Kelantan XII 1993
f) Iktisar Sejarah
Kelantan, Abdul Razak Mahmud 2002
Artikel ini pernah diterbitkan dalam sebuah
majalah bersiri berjudul Seni Beladiri Bil 112 April 2015 oleh Sdr. Long
Muhammad merangkap Timb. Setiausaha PKDLK
ARKIB PERTUBUHAN KERABAT DATO' LUNDANG KELANTAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan