PENGENALAN
Blog ini adalah bertujuan untuk membangkit dan menerangkan kembali sebuah sejarah yang telah ''dilupakan'' iaitu sejarah serta salasilah Kampung Lundang yang mana melibatkan dua zaman iaitu zaman Tradisional dan zaman Moden. tumpuan khas juga diberikan kepada sejarah Raja-raja Kampung Lundang yang merupakan Pembesar- pembesar tertinggi Negeri sebagai Panglima Perang yang mempunyai wilayah pentadbiran yang dikuasainya secara turun temurun sebagai Penguasa diDaerah Lundang dari peringkat awal bermula pada tahun 1800 hingga kepada yang terakhir pada tahun 1910. Dokumen atau Rujukan yang digunakan adalah melibatkan dua cara iaitu melalui hasil temu ramah dengan penduduk tempatan serta bersumber daripada rujukan monograf dan manuskrip sepertimana yang telah dipaparkan dihujung blog ini.
ASAL USUL DAN PERKEMBANGAN AWAL KAMPUNG LUNDANG
Kampung Lundang adalah salah satu dari perkampungan melayu yang tua di dalam zon bandar Kota Bharu, Ibu Negeri Kelantan sekarang. jika dihitung usianya mulai dari tahun pembukaanya pada tahun 1762 sehingga tahun 2017, usianya sudah pun mencecah 255 tahun. sama juga dengan Perkampungan-perkampungan Melayu yang lain, Kampung Lundang juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Asal - usul Kampung Lundang ini mendapat nama datang dari beberapa pendapat. antaranya adalah pendapat pertama mengatakan bahawa nama Kampung Lundang ini beroleh namanya dari sebab kedapatan suatu pokok yang bernama pokok Lundang.
Pendapat kedua pula mengatakan ia beroleh namanya sempena kawasan tanah atau bentuk muka buminya yang berbentuk tebing tinggi dan rendah iaitu tanah tinggi yang menurun kebawah dan hasil daripada bentuk ini lalu dipanggilah ianya Lundai atau Landai. daripada perkataan Lundai atau Landai inilah di''Bahasakan'' oleh penduduk Tempatan menjadi satu dialek Kelantanese menjadi ''Lundea'' (Lundang).
Pendapat ketiga pula mengatakan perkataan Lundang ini adalah salah satu Dialek bahasa yang banyak digunakan pada zaman dahulu kala. maksud kepada perkataan Lundang ini iaitu kawasan pinggiran tebing Sungai yang lembah mendatar luas dan keadaan bentuk muka buminya yang berlopak.
Diantara ketiga-tiga pendapat ini nampaknya arah yang lebih tepat adalah lebih cenderung kepada pendapat yang ketiga itu. ini kerana pendapat yang ketiga ini disokong dengan satu fakta yang sekurang-kurangnya tidak mudah disanggah. dengan merujuk kepada Buku Katan Kamus Melayu oleh Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka 1997 muka surat 853 (edisi jawi) ada menyebut perkataan Lundang iaitu bermaksud kawasan tanah leku' tempat (kawasan) air bertakung kemudian jadi lubuk yang cetek.
Bukti atau kesan kapada kedua-dua kenyataan diatas iaitu pendapat ketiga dan sumber daripada buku Katan Kamus Melayu ini boleh dilihat hingga kini dibeberapa kawasan khususnya dibahagian pinggiran Sungai Lundang, bawah lembah Kampung Lundang, Kampung Bawah Lembah Bunut Payong dan Kampung Belukar.
Salah satu Lubuk yang masih terdapat sehingga sekarang dan ianya terletak kawasan Pingiran Sungai Lundang diKampung Bawah Lembah Bunut Payung. kebanyakkan Lubuk-lubuk dikawasan lain termasuk diBawah Lembah Kampung Lundang sekarang sudah tertimbus. namun, kesan kesannya masih tetap ada.
Keadaan Sungai Lundang sekarang tidak lagi sepertimana zaman kegemilangannya dimana muara sungainya dahulu adalah dalam dan luas. Pemandangan Sungai Lundang diKampung Lundang dari Jambatan Jalan Tengku Muhammad Maa'sum (Jalan Baru Teliput-Pasir Hor) sekarang. perhatikan juga ''Lundang'' iaitu kawasan dikiri dan kanan pinggiran tebing Sungai yang pada suatu ketika dahulu adalah kawasan penanaman padi
Kawasan Penempatan Masyarakat Kampung Lundang Tradisional ini adalah menghadap kearah sungai Lundang atau sekarang disebut Sungai Lubuk Mulong yang merupakan jalan perhubungan utama serta laluan perdagangan maritim yang penting pada waktu itu yang menghubungkan Sungai Kelantan melalui Sungai Pengkalan Galuh atau Pengkalan Leser Kampung Sireh disebelah barat dengan Laut melalui Sungai Pengkalan Datu dan Kuala Pantai Kemenyan disebelah timur.
Selain daripada termasuk kawasan yang disebutkan diatas ini, dimana kawasan batas sempadan Kampung Lundang Tradisional keseluruhannya adalah bermula dari kawasan yang sekarang ini bermula dari sebelah selatan tebing Sungai Lundang atau sekarang disebut Sungai Lubuk Mulong hingga kesempadan Kampung Bayam disebelah utara, kawasan Sekolah Kebangsaan Bunut Payung (merujuk tandaan kepada sempadan asalnya iaitu cabang Sungai diBunut Payung yang terletak bersetentang dengan belakang Sekolah Kebangsaan Bunut Payong) disebelah Barat hingga keLubuk Mulong iaitu terletak diJambatan Jalan Pasir Hor disebelah Timur (berhampiran simpang empat Pasir Hor Jalan Sultan Yahya Petra).
Walaubagaimana pun pada akhir abad 19, sebahagian kawasan Kampung Lundang Tradisional ini terutama dibahagian Barat telah mulai wujud atau timbul kepada beberapa buah nama-nama Kampung baru seperti Kampung Paya Senang, Kampung Kesina Dua, Kampung Belukar dan Kampung Bawah Lembah Bunut Payong. manakala disebelah utara kawasan Kampung Lundang tradisional pula terbentuknya kampung Padang Lundang, Kampong Telok Lundang dan Kampong Banggu. perkembangan ini berlaku secara berperingkat peringkat. Baru menjelang pada mutakhir abad 20 ini pula adalah terbentuknya Kampung Aman Lundang yang kawasannya juga terletak disebelah barat Lundang diantara Kompelks Sekolah Rendah Zainab hingga kesimpan Jalan Dato Panglima Perang disebelah timur berhampiran dengan premis kedai Nasi Kak Wook Lundang, sebuah kedai makan antara yang sangat masyhur diKota Bharu sekarang.
Bukti dengan kependudukan masyarakat Kampung Lundang Tradisional ini boleh dibuktikan dengan adanya beberapa kubur lama yang ''seusia'' dengan usia Kampung Lundang Tradisional. setakat yang dapat dikesan, tanah-tanah perkuburan ini sesetengahnya masih digunakan lagi yang kebanyakannya terdapat dibawah lembah iaitu kesemuanya enam tempat, empat daripadanya adalah terletak di kawasan Kampung Lundang sekarang dengan satu daripadanya pula adalah terletak diatas tebing bawah lembah, iaitu terletaknya Makam Raja-Raja Kampung Lundang, selebihnya iaitu tiga tempat lagi adalah terletak dibawah lembah dengan satu daripadanya pula terletak dibahagian selatan sebelah kawasan Perumahan Taman Restu. manakala dua tempat lagi adalah terletak dibelakang Sekolah Kebangsaan Bunut Payung sekarang.
SEJARAH PEMBUKAAN KAMPUNG LUNDANG DAN TERTUBUHNYA DAERAH LUNDANG
Sejarah telah merakamkan bahawa Kampung Lundang telah dibuka dan diasaskan pada tahun 1762 oleh seorang tokoh ternama yang masyhur dalam sumber lama sejarah Kelantan pada masa Perang Kota Kubang Labu ke-II yang terkenal dengan nama Mandur Mis. baginda yang berhubungan talian sepupu dengan Yg. Dipertuan Long Yunus telah menjadi Raja Kampung Lundang pertama dan telah dilantik menjadi Pembesar Tertinggi dalam hieraki Negeri pada masa itu bergelar Engku Mendahari Seri Maharaja Wangsa bersama sama dengan Long Gafar bergelar Engku Seri Maharaja Perdana Menteri, Penghulu Adas bergelar Penghulu Menteri Seri Bija D'Raja dan Raja Langsuring bergelar Engku Pahlawan Seri Maharaja Dalam oleh Yg. Dipertuan Long Yunus selepas disytihar Baginda menjadi pemerintah negeri Kelantan secara rasmi pada tahun berkenaan -1762-.
Pertubuhan Kerabat Dato' Lundang Kelantan atau PKDLK telah ditubuh dan didaftarkan secara rasmi pada tahun 2015 bertujuan dan bermatlamat untuk menjaga sosio kebajikan ahli ahli keluarga keturunan Al marhum Baginda Tuan Khomis serta memelihara tinggalan warisan sejarahnya
- Long Jenal digelar Raja Bendahara
- Long Ismail digelar Raja Muda
- Long Yusof digelar Raja Bukit Panchor
- Long Muda digelar Engku Kota
- Long Tan digelar Raja Temengong Aria Pahlawan
- Tuan Lebar digelar Dato Panglima Perang Lundang
- Wan Abdullah digelar Dato Kaya Hulubalang Kadok
Baginda Tuan Lebar telah beristerikan Engku Che' Nik iaitu puteri sulong kepada Baginda Long Gafar. dari perkahwinannya ini mendapat tiga orang putera iaitu Wan Ku Sulong, Wan Ku Abdullah dan Wan Ku Sulaiman serta seorang Puteri yang bernama Tuan Bulat atau Ku Aminah iaitu Nenda kepada Dato Maha Menteri Kelantan Che' Had. Tuan Lebar yang kemudian lebih dikenali dengan gelaran Dato' Panglima Perang ini mangkat pada tahun 1830, tempatnya telah digantikan oleh puteranya iaitu Wan Ku Sulong dengan gelaran Dato' Panglima Perang Lundang yang ke-II dan dipangil masyhur Dato' Mekong iaitu singkatan dari gelaran anugrah Kerajaan Siam ''Phra Chou Mekong Phaya Lundang'' sehingga mangkat pada tahun 1846. selepas daripada Dato' Mekong mangkat, maka tempatnya telah digantikan oleh puteranya iaitu Wan Senik Besar pula memerintah Daerah Lundang dengan bergelar Dato' Panglima Perang Lundang yang ke-III. baginda yang masyhur dipangil rakyat dengan nama Dato' Besar ini mangkat pada tahun 1867 dan digantikan pula oleh menantu Dato' Besar bernama Nik Wan Musa yang juga adalah tidak lain merupakan anaknda sepupu kepada Al marhum.
Nik Wan Musa yang telah memegang gelaran tertinggi Kelantan sebagai Dato' Panglima Perang Lundang yang ke-IV ini adalah putera kepada Dato Lela Perkasa Muda Wan Hassan Bin Wan Ku Sulaiman, seorang Pembesar Kelantan menjawat jawatan sebagai Panglima Dalam menetap diKampung Pasir Jelatang yang terletak tidak jauh disebelah timur sekitar Kampung Lundang. menakala datuknya - Wan Ku Sulaiman adalah anaknda bongsu kepada Al marhum Dato Panglima Perang dan merupakan Panglima Dalam sebelumnya bergelar Dato Lela Perkasa Tua.
Nik Wan Musa yang telah memegang gelaran tertinggi Kelantan sebagai Dato' Panglima Perang Lundang yang ke-IV ini adalah putera kepada Dato Lela Perkasa Muda Wan Hassan Bin Wan Ku Sulaiman, seorang Pembesar Kelantan menjawat jawatan sebagai Panglima Dalam menetap diKampung Pasir Jelatang yang terletak tidak jauh disebelah timur sekitar Kampung Lundang. menakala datuknya - Wan Ku Sulaiman adalah anaknda bongsu kepada Al marhum Dato Panglima Perang dan merupakan Panglima Dalam sebelumnya bergelar Dato Lela Perkasa Tua.
Makam Raja - raja Lundang diLorong Imam Lundang yang terletak berhampiran dengan tebing bawah lembah Kampung Lundang sekarang. Pada masa dahulunya kawasan ini dipanggil Langgar Surau Tok Jingga, berhadapan dengan gambar ini mulai disebelah kiri adalah makam Al-marhum Mandur Mis (Tuk Ku) dan disebelah kanan adalah makam Al-marhum Dato' Mekong. manakala dibelakang kudua-dua makam ini ialah bersetentang dengan makam Al-marhum Mandur Mis iaitu makam Al-Marhum Dato' Panglima Perang dan disebelah kanannya (tengah) adalah makam Al-marhum Dato' Besar dan disebelah kanan makam Al-marhum Dato' Besar itu pula adalah Makam Al-marhumah Engku Cik Nik Binti Long Gafar , isteri kepada Dato' Panglima Perang (tiada belindan)
KEWUJUDAN KAMPUNG LUNDANG MODEN SERTA KAMPUNG-KAMPUNG BARU MENJELANG AKHIR ABAD KE19
Nik Wan Musa ini kemudian sangat masyhur dikalangan rakyat dengan panggilan Dato' Lundang iaitu suatu panggilan rasmi yang telah ditetap oleh Sultan Muhammad II pada tahun 1869 bersama sama dengan panggilan Dato' Kadok. bermula pada tahun tersebut ini, nama nama panggilan rasmi bagi Pembesar - pembesar yang mempunyai wilayah pentadbiran diseluruh Negeri telah diseragamkan dengan lebih kemas dan teratur yang mana sebelumnya adalah tidak wujud dan ditetapkan sendiri oleh setiap Pembesar. Pada waktu zaman Dato' Lundang memerintah Daerah Lundang, khususnya pada Kampung Lundang telah mengalami kemajuan dan pola perubahan penempatan yang ketara dimana salah satunya ialah pembukaan kawasan baharu penanaman padi iaitu kawasan yang sekarang ini bermula dari My Bank Lundang hingga keKampung Bayam mengantikan tempat lama iaitu kawasan tebing sungai Lundang yang telah tercemar, tidak selamat serta berpenyakit akibat daripada ternakan mati dan reput natijah daripada Peristiwa Angin Besar diKelantan tahun 1880 dan diikuti bencana Alam berikutnya pada tahun 1881 hingga tahun 1884 atau sesetengah riwayat pula menyebut hingga tahun 1886 yang mana telah menyebabkan terjadinya Wabak penyakit berjangkit seperti Taun, malaria dan lain-lain lagi.
Jalan Dato' Lundang adalah bermula dari simpang empat berhadapan Kompleks Islam Darul Naim Lundang (Balai Islam Lundang) hingga membawa keutara iaitu kesimpang Cherang, Panji. lewat sebelum tahun 1990 Jalan ini masyhur dipanggil Jalan Yaacobiah. Penukaran penamaan jalan ini adalah bagi maksud mengabdikan nama Tokoh besar Negeri Kelantan ini bagi menghargai jasa-jasa besarnya dalam negeri kepada kalangan masyarakat Kelantan umumnya serta rakyat Malaysia amnya.
Akibat daripada peristiwa ini, kebanyakan penduduk Kampung Lundang Tradisional ini terutama penduduk dikawasan bawah lembah Kampung Lundang sekarang dan dikawasan sekitarnya telah berbuat penempatan baru (berpindah daripada kawasan bawah lembah kapada kawasan tanah tinggi) yang sekarang inilah terletaknya Kampung Lundang iaitu Kampung Lundang Moden. Dan pada waktu terkemudian daripada itu, baharulah penduduk Kampung Lundang Tradisional khususnya dibahagian barat telah berpecah serta mulai wujud menjadi beberapa kelompok masyarakat akibat kesan disebabkan terpisahnya daripada pengaruh Pentadbiran Penghulu Kampung Lundang Moden itu sendiri.
Seterusnya daripada beberapa kelompok itu, maka dari sinilah timbulnya nama-nama kampung yang baharu seperti kewujudan kepada nama Kampung Bawah Lembah Lundang (sekitar kawasan taman restu sekarang), Kampung belukar, Kampung Paya Senang, Kampung Kesina Dua dan Kampung Bawah Lembah Bunut Payong (pecahan daripada Kampung Bawah Lembah Lundang pada awal abad ke20). walaubagaimana pun kelima-lima Kampung ini masih lagi terletak didalam Daerah Lundang yang dibawah pemerintahan Dato' Lundang termasuklah Kampung Bunut Payong yang dibuka pada akhir abad ke19 yang berawal mulanya sebagai sebuah unit Kampung kecil yang terletak kawasannya disekitar kawasan Masjid Mukim Bunut Payung hingga kesebelah barat kawasan Madrasah Ahmadiah sekarang dengan menganjur ketebing Sungai Bunut Payong disebelah selatan.
PENUTUP
Pada tahun 1909, akibat daripada Perjanjian British-Siam, maka peranan corak pemerintahan tradisional Daerah Lundang telah ditukar dan berubah kepada corak pentadbiran moden yang diperkenalkan oleh Penasihat British diKelantan. akibat daripada peristiwa ini, setahun kemudian pada tahun 1910 setelah dikuatkuasakan, Dato' Lundang telah diberi pencen seumur hidup sebanyak 300 ringgit sebulan sehinggalah membawa kepada mangkat pada tahun 1926 dan dimakamkan ditanah perkuburan besar kampung Lundang iaitu bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Lundang sekarang.
Dengan ini, selepas dari tahun 1910 secara rasminya Daerah Lundang telah ditadbir secara moden yang diketuai oleh seorang Ketua Daerah bergelar Kweng atau sekarang dipanggil Penggawa, suatu jawatan yang dahulunya terletak dibawah perintah dan dilantik oleh Raja raja Lundang yang mana kemudian ini telah dinaik taraf menjadi sebagai Ketua Daerah selaku wakil atau Penghubung antara kerajaan dengan rakyat yang diwakili Penghulu yang dilantik secara berterusan dari pihak kerajaan.
Daerah Lundang ini berkekalan namanya sehinggalah pada tahun dekad 1970an apabila daerah ini telah dipecah (Persepadanan Semula) dan diganti dan diubahkan namanya menjadi Daerah Kubang Kerian. pentranformasian Daerah Lundang ini adalah disebabkan daerah ini terlalu hampir dengan pusat bandar utama serta Kawasan Ibu Negeri Kelantan yang sentiasa mendesak untuk meluaskan kawasan pentadbirannya.
Makam Raja Lundang -V atau terakhir, Al-marhum Dato' Lundang yang terletak disebelah Sekolah Kebangsaan Lundang telah diselenggara oleh pihak Muzium Negeri pada tahun 2013 yang lalu.
Sumber Rujukan:
§ Peringatan Lundang oleh Imam Hj. Tuan Fakeh Abdullah Bin Ahad 1326/1908 [salinan manuskrip]
§ Riwayat Kelantan,Zahir Ahmad= Analisis Teks,Interteks,Tesis Ph.D, Universiti Malaya,1997
§ Warisan Kelantan I,ms134 dibawah tajuk Kadok Satu Kajian Ringkas oleh Abdul Aziz Ismail, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan,1982
§ Kelantan Dari Zaman ke Zaman oleh Mohammad Husin Khal'e Hj.Awang,Pustaka Dian Kota Bharu 1970
§ Dokumentasi Sejarah & Aktiviti PSSGSK 1975-2010 oleh Shafie Husin 2012
§ Kelantan Dahulu Dan Sekarang, Perubahan Dalam Pentadbiran ms161,162 dibawah tajuk ''Kelantan Sehingga Tahun 1900: Peristiwa-Peristiwa Penting Dalam Sejarah '' oleh Abdullah Zakaria Bin Ghazali, Persatuan Muzium Malaysia 2007