Bismillahir
Rahmanir Rahim,
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
Yang Dihormati
Pengerusi Majlis, Yang Berhormat Mejar (B) Dato’ Haji Mad Anizam Bin Abdul
Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan Pelancongan dan Warisan Negeri
Kelantan. Ybhg. Prof. Kol. (B) Dr. Wan Fauzi Bin Wan Ibrahim, Penasihat
Pertubuhan Kerabat Dato’ Lundang Kelantan merangkap Pengerusi Kawasan Rukun
Tetanga KRT Lundang. Ahli – ahli Jemaah Jawatankuasa Pertubuhan Kerabat Dato’ Lundang
Kelantan, Waris-waris utama, Kerabat Tua-tua, tetamu tetamu Kehormat dari waris Kerabat dari Kerabat Raja Jembal, Kerabat Tuan Lembut serta hadirin hadirat ahli ahli Kerabat Dato' Lundang yang
dirahmati Allah sekelian.
Terlebih dahulu
saya merakamkan jutaan Terima kasih kepada Yang Berhormat Mejar (B) Dato’ Haji
Mad Anizam Bin Abdul Rahman selaku Exco Kebudayaan Pelancongan dan Warisan
Negeri, kerana sudi hadir untuk merasmikan Mesyuarat Agong kali Pertama bagi
Pertubuhan Kerabat Dato’ Lundang Kelantan atau ringkasnya PKDLK, yang mana baru
sahaja telah diluluskan Pendaftarannya oleh Pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan
Malaysia pada 7 julai yang lepas.
Untuk makluman Yang
Berhormat Dato’ serta Hadirin hadirat sekelian, Tertubuhnya PKDLK ini selain
daripada matlamat bertujuan untuk memelihara dan memperjuangkan warisan sejarah
yang masih tersisa dari terus tenggelam ditelan zaman, ia juga adalah merupakan satu wadah penyatuan
silaturrahim waris keturunan Al marhum Tuan Khomis Bin Tuan Kundur, yang mana
selain daripada Kampung. Lundang dan kawasan sekitar daerahnya dalam Kelantan,
keturunan Al marhum ini juga banyak bertebaran diluar negeri antaranya
Terengganu, Johor serta negara Singgapura dan Brunei.
Matlamat untuk merapatkan kembali hubungan silaturahim antara waris-waris keturunan Tuan Khomis melalui penubuhan PKDLK ini bertepatanlah dengan kehendak Firman allah didalam surah An Nisa’ ayat pertama yang bermaksud; “....Wahai sekelian manusia, bertaqwalah kepada tuhanmu yang telah menjadikan kamu diri yang satu yakni Adam, dan yang menjadikan daripada Adam itu pasangannya yakni isterinya Hawa, dan yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada allah yang selalu kamu minta dengan menyebut – nyebut namanya, dan peliharalah hubungan silaturrahim diantara kaum kerabat, kerana sesungguhnya allah sentiasa memerhati kamu....”

YM. Yg Dipertua PKDLK, Tuan Haji Wan Yusoff Bin Mohd Noor (sebelah kiri gambar)
Sidang hadirin yang
dihormati sekelian, Al marhum Tuan Khomis Bin Tuan Kundur yang masyhur dalam
sumber-sumber lama sejarah Kelantan yang digelar Mandur Mis atau Tuk Ku Lundang adalah Tokoh yang
bertangungjawab membuka dan mengasaskan Kampung Lundang ini pada tahun 1762 masehi
bersamaan 1176 hijriah, iaitu dua ratus lima puluh tiga tahun yang lampau. Beliau
tidak lain adalah sahabat seperjuangan kepada tiga orang tokoh penting iaitu Al marhum Yg. Dipertuan Long Yunus, Pengasas Kesultanan Kelantan sekarang
yang merupakan sepupundanya, Engku Perdana Menteri Long Gaffar serta Penghulu
Adas. Keempat-empat tokoh penting inilah yang meletakkan asas penyatuan
Kelantan kekal berpanjangan sehingga sekarang. Dari Mandur Mis ini, maka
lahirlah generasinya, menyambung legasi serta berbakti kepada negeri sekaligus pemeliharaan bagi kestabilan keamanan negeri Kelantan dengan menjawat jawatan pembesar negeri sebagai Panglima Perang bergelar Dato’ Panglima Perang Lundang, suatu
jawatan tertinggi sekali dalam hirarki pemerintahan tradisional negeri
Kelantan setaraf dengan Pembesar Berempat dinegeri – negeri Melayu barat.
Didalam konteks Lundang pula, selepas daripada perjanjian sulit British - Siam pada tahun 1902, Peranan yang dimainkan oleh Dato' Lundang kian terhakis sehinggalah apabila sistem Pentadbiran Tradisional Negeri Kelantan pula dimansuhkan secara rasmi pada tahun 1910, dimana sistem
lama ini telah digantikan dengan suatu sistem baharu yang telah diperkenalkan oleh
Penasihat British diKelantan sebagaimana yang telah dibuat pada Negeri-negeri Melayu barat. semenjak dari itu Dato' Lundang selaku pembesar tertinggi negeri merangkap sebagai Raja Lundang yang menguasai daerah Lundang sebagai Penguasa telah hilang kuasa, hak dan keistimewaan sebagai seorang Pembesar dengan menerima pencen seumur hidop sebanyak 200 Ringgit sebulan sehinggalah mangkat pada tahun 1926. selepas daripada itu
dalam semua aspek kebudayaan dan sejarahnya telah mula tenggelam sedikit demi
sedikit sehinggalah penghujung abad ke 20 dimana kita boleh l;ihat sejarah dan identiti Lundang telah lenyap terus dimata Sejarah.
Namun begitu, Al hamdulillah, dengan izin Allah SWT, 20 tahun lebih kebelakangan ini timbul satu usaha untuk memelihara warisan sejarahnya yang giat dilakukan beberapa aktivis Sejarah Lundang angkatan pertama yang diketuai oleh Allahyarham Cikgu Mad Abbas, dimana pada tahun 1990an, Beliau bersama-sama rakannya mengambil inisiatif dengan mengusulkan kepada pihak berkuasa tempatan supaya menukarkan nama sebatang jalanraya yang sebelumnya dipanggil Jalan Yaakubiah kepada nama Jalan Dato’ Lundang dengan nama baru ini berkekalan sehingga sekarang. dan mutakhir ini, muncul pula angkatan kedua Aktivis Sejarah Lundang terdiri dari aktivis keturunan Kerabat Dato’ Lundang yang bergerak atas nama Kerabat Warisan Wan Nik Lundang yang digerakkan oleh Sdr. Long Muhammad.
Berkat dengan kerjasama serta sokongan dan dokongan juga dari KRT Lundang yang dipengerusikan oleh Ybhg. Prof. Kol. (B) Dr. Wan Fauzi Bin Wan Ibrahim yang juga Penasihat PKDLK, beberapa usaha untuk memertabatkan warisan Sejarah Lundang telah giat dan berjaya dilakukan antaranya; Program Bicara Sejarah Lundang dengan menampilkan beberapa ahli sejarawan Kelantan yang terkenal serta Menaiktaraf nama- nama dibeberapa batang jalan dalam Kawasan Lundang dengan nama tokoh dari keturunan Mandur Mis. Untuk ini saya mengambil kesempatan mengucapkan jutaan penghargaan terima kasih atas usaha yang talah dilakukan oleh Sdr. Long Muhammad dan Ybhg. Prof. Kol. (B) Dr. Wan Fauzi Bin Wan Ibrahim selaku Pengerusi KRT Lundang atas keprerihatinan mereka dalam memertabatkan warisan Sejarah Lundang. Terima kasih diucapkan.

Bergambar kenangan bersama Yb. Dato' Mejar (B) Dato’ Haji Mad Anizam Bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan serta tetamu kehormat dari PKRJK Ym. Nik Abdullah Nik Talib yang merupakan Ahli Jawatankuasanya
Hadirin hadirat
yang dimuliakan, akar daripada ini, maka muncullah satu inisiatif bagi
mewujudkan satu Pertubuhan untuk memelihara warisan sejarah dan budayanya secara
khusus serta juga untuk menyatukan kembali silaturahim dikalangan waris – waris
keturunan Al-marhum Tuan Khomis Bin Tuan Kundur dibawah satu payung dengan
mengadakan Kebajikan serta memprtingkatkan taraf sosio ekonomi setiap ahlinya. Hasil
cetusan ini, maka lahirlah satu pertubuhan Ngo yang dikenali dengan nama
“Pertubuhan Kerabat Dato’ Lundang Kelantan” atau singkatannya PKDLK. Nama Dato’ Lundang sengaja dipilih
kerana bagi mengenang kembali beliau sebagai pembesar Lundang terakhir.
Sebelum daripada Dato’ Lundang, leluhurnya dahulu adalah berpanggilan Dato’ Besar, Dato’ Mekong, Dato’ Panglima Perang dan Mandur Mis. Untuk makluman berkaitan, Inisiatif untuk menubuhkan Pertubuhan ini adalah sebenarnya cadangan daripada Sdr. Shafie Husin, guru silat yang juga Setiausha Pertubuhan Seni Silat Gayuman Segerak Kelantan atau ringkasnya PSSGSK yang banyak juga terlibat dalam usaha memertabatkan warisan Sejarah Lundang sehingga terbitnya sebuah buku khusus bagi Sejarah Lundang pada tahun lepas bertajuk; Sejarah & Tokoh Kampung Lundang, Tradisional dan Moden. kesungguhan beliau dalam usaha memartabatkan Warisan Sejarah Lundang ini juga amat dipuji dan dihargai, untuk itu juga kami dari PKDLK mengucapkan penghargaan ribuan terima kasih.

Sidang hadirin dan
hadirat yang dirahmati Allah sekelian, Sebenarnya ditempat kita yang sedang mengadakan
Majlis yang cukup bersejarah ini adalah sebenarnya merupakan Tapak asal sebuah Kota
tempat kediaman dua orang Pembesar Lundang iaitu tidak lain adalah Al marhum Dato’ Lundang dan Al marhum Orang Kaya
Panglima Amar D’raja Lundang Wan Ishak. dikawasan inilah juga, lahirnya Silat
Seni Ku Ngah yang diasaskan oleh dua orang cucunda Dato’ Lundang iaitu Ym. Al marhum Nik Abdullah dan Ym. Al marhum Nik Abdul Rahman atau lebih terkenal denagn panggilan Pak Nik Man yang telah
diperturunkan ilmu oleh mahagurunya bernama Tengku Ngah Bin Tengku Jaafar, seorang Kerabat Draja Terengganu yang mengembara keKelantan. Dari Pak Nik Man, melalui murid kesayanganya, Allahyarham
Husin Bin Isa inilah kemudian telah memperkembangkan lagi warisan Silat seni ini
dengan mengasaskan pertubuhan silat dengan nama Pertubuhan Silat Seni Gayuman Segerak
Kelantan. Dari rentetan yang telah mengingatkan kita akan kawasan ini, maka
amat bersesuaianlah PKDLK mengadakan Mesyuaratnya ditempat yang cukup
bersejarah ini berkesinambungan mengambil warisan salasilahnya.
Sebelum mengakhiri
ucapan, saya sekali lagi mewakili PKDLK ingin merakamkan ucapan “Jazakallah Hu
Khiron Kasira” dan terima kasih diatas kesudian Yang Berhormat Dato’ Haji Mad
Anizam Bin Abdul Rahman kerana sudi memenuhi jemputan kami untuk merasmikan
Mesyuarat Agung PKDLK bagi kali yang pertama ini, dimana ia adalah merupakan hari
yang cukup bersejarah bagi PKDLK itu sendiri.
Sekian, Wa’Billahi
Taufiq Wal Hi’Dayah, Wassalamualaikum w.b.k.t.
(28 syawal 1436 bersamaan 15 Ogos 2015)
ARKIB PERTUBUHAN KERABAT DATO' LUNDANG KELANTAN
ARKIB PERTUBUHAN KERABAT DATO' LUNDANG KELANTAN